followers comel

Friday, 21 October 2011

kekecewaan dalam hidup

Malam ni aku mencoret lagi. Letih menghadap nota-nota Introduction to Guidance & Counselling walaupun aku asyik terlelap je sepanjang proses ulang kaji -.-" 

Ya Allah, 
gundahnya hati aku untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang di sini :'( Aku tak punya siapa-siapa untuk meluahkan perasaan ini, melainkanMu Ya Allah. Aku rasa sungguh terasing di sini, meski dikelilingi rakan-rakan yang telah aku kenal sejak asasi dulu. 

AKu telah menempuh banyak kekecewaan dalam hidup, tetapi Engkau telah beri aku secebis ketabahan untuk hadapi semua tu. Engkau kurniakan aku seorang ibu yang selalu ada untuk aku saat aku rasa gusar untuk hadapi semua. Tapi kini, aku terlalu jauh daripadanya. Dan mendengar suaranya di hujung talian membuatkan air mata ini hampir luruh :'( 

Ya Allah, 
terlalu lemahnya diri ini. Tak bersyukurkah diri ini? Sedangkan dulu ini yang akupinta, ini yang akudamba. Ini yang aku mahu. Sekarang bila aku dah perolehinya, dengan mudah pula aku katakan yang aku tak bahagia di sini :(

Ya Allah, 
ampunilah hambaMu yang teramat lemah ini. Bukan sengaja aku mahu berbuat begini. Aku tak punya siapa-siapa, ya Allah. Kawan-kawanku bukan siapa-siapa. Mereka tak mampu kenali aku sebagaimanaMu, Penciptaku, Ya Allah. Kau tahu aku menangis di dalam sedangkan aku tersenyum di luar. Kau tahu apa dalam hatiku tika aku diam membisu. Kau tahu segalanya. Tapi seorang sahabat yang aku rasakan paling rapat mungkin tak tahu itu, ya Allah..

Ya Allah, 
aku pohon secebis lagi kekuatan, untuk meneruskan apa yang telah dimulakan di sini. Terlalu banyak kurniaanMu buat diriku sejak diri ini dilahirkan ke dunia. Sungguh banyak, ya Allah..Kekecewaan dalam hidup yang kutempuh kini cumalah ujian kecil daripadaMu untuk mematangkan aku...

p/s: mood tak berapa okay, lately. I tend to be silence.


No comments:

Post a Comment