followers comel

Tuesday, 25 October 2011

nota untuk diri sendiri ♥


Kredit buat rumet saya, Mimi yang macho. ahaha =P


Alhamdulillah, tak pernah aku rasa setenang, sebahagia dan segembira ini. Syukur kepadaMu, Ya Allah :') Sesungguhnya Kaukuatkanlah lagi hati ini untuk menempuh hari-hari yang mendatang. 4 tahun aku di sini, Ya Allah..

Hari ni, ada satu petanda yang kurang baik berlaku. Tapi cuma petanda. Syukur, Allah sentiasa berikan petunjuk kepada aku dan rumet akan perkara ini, supaya kami terus berwaspada. Masuk kali ini, bilik kami sudah dua kali menjadi 'sasaran' mereka yang terjebak dalam perkara yang tidak bermoral. Tapi Alhamdulillah, selama dua kali itu juga, niat yang tidak baik itu tidak mendapat izinNya. Syukur kepadaMu Ya Allah :') 

Sebelum aku menaip entry ini, pendriveku dimasuki virus. Ini semua penangan komputer di kedai print tadi! Bergegas aku turun kembali dari tingkat tiga ke kedai komputer di kolejku ini :| Alhamdulillah, RM5 yang melayang itu lebih baik daripada manuskrip novelku yang melayang. 

p/s: call Mak tadi. Kata Mak, Abah nak mandi minyak bijan esok. Erk? -.-' Selamat menyambut Deepavali lah kepada sesiapa yang terlibat. Yang penting esok cuti. Heaven ♥



Monday, 24 October 2011

Perkataan Magis; Maaf

Assalamualaikum..

Pertama sekali, buat yang sudi menjengah blog yang tak bermaya ini, tak seceria blackfipper.blogspot.com, TERIMA KASIH yang tak terhingga dari lubuk hati. Maaf, kerana diri ini sudah kehilangan momentum untuk terus mencoret seperti dulu. Sesekali, tika dirasakan perlu, barulah jemari ini akan menari ligat di atas papan kekunci. 

MAAF, sebab aku tak mampu menjadi terbaik sebagaimana yang orang lain inginkan. Aku cuma mampu menjadi aku. Aku tak mampu menjadi hipokrit. Aku tak mampu untuk penuhi kehendak orang lain. Maafkan aku :'( 

MAAF, kalau aku menjauhkan diri, tak pernah bermaksud yang aku benar-benar ingin menjauhkan diri. Aku cuma tak mahu kamu melihat titisan air mata yang jatuh berjuraian di pipi. Aku tak mahu bebankanmu dengan masalah hidupku. Aku tak mahu kamu menangis kerana aku. Kalau boleh, aku mahu kamu melihatku dalam keadaan gembira saja. Maafkan aku :'( 

MAAF, kalau kamu rasa bersalah kerana aku. Sesungguhnya, itu bukan salahmu. Kamu tak bersalah langsung terhadap diri ini. Apa-apa yang telah kamu ungkapkan, semuanya benar. Maafkan aku, sebab masih tak dapat melalui jalan yang telah kamu lalui itu. Aku masih tak sekental kamu. Aku masih butuhkan ruang dan waktu. Teruslah berdoa buatku, wahai sahabat. 

MAAF, aku sudah tak mampu menaip panjang. Aku cuba untuk tidak memikirkan perkara yang telah terjadi, tapi ternyata aku tak mampu. Maafkan aku :'( 


Friday, 21 October 2011

kekecewaan dalam hidup

Malam ni aku mencoret lagi. Letih menghadap nota-nota Introduction to Guidance & Counselling walaupun aku asyik terlelap je sepanjang proses ulang kaji -.-" 

Ya Allah, 
gundahnya hati aku untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang di sini :'( Aku tak punya siapa-siapa untuk meluahkan perasaan ini, melainkanMu Ya Allah. Aku rasa sungguh terasing di sini, meski dikelilingi rakan-rakan yang telah aku kenal sejak asasi dulu. 

AKu telah menempuh banyak kekecewaan dalam hidup, tetapi Engkau telah beri aku secebis ketabahan untuk hadapi semua tu. Engkau kurniakan aku seorang ibu yang selalu ada untuk aku saat aku rasa gusar untuk hadapi semua. Tapi kini, aku terlalu jauh daripadanya. Dan mendengar suaranya di hujung talian membuatkan air mata ini hampir luruh :'( 

Ya Allah, 
terlalu lemahnya diri ini. Tak bersyukurkah diri ini? Sedangkan dulu ini yang akupinta, ini yang akudamba. Ini yang aku mahu. Sekarang bila aku dah perolehinya, dengan mudah pula aku katakan yang aku tak bahagia di sini :(

Ya Allah, 
ampunilah hambaMu yang teramat lemah ini. Bukan sengaja aku mahu berbuat begini. Aku tak punya siapa-siapa, ya Allah. Kawan-kawanku bukan siapa-siapa. Mereka tak mampu kenali aku sebagaimanaMu, Penciptaku, Ya Allah. Kau tahu aku menangis di dalam sedangkan aku tersenyum di luar. Kau tahu apa dalam hatiku tika aku diam membisu. Kau tahu segalanya. Tapi seorang sahabat yang aku rasakan paling rapat mungkin tak tahu itu, ya Allah..

Ya Allah, 
aku pohon secebis lagi kekuatan, untuk meneruskan apa yang telah dimulakan di sini. Terlalu banyak kurniaanMu buat diriku sejak diri ini dilahirkan ke dunia. Sungguh banyak, ya Allah..Kekecewaan dalam hidup yang kutempuh kini cumalah ujian kecil daripadaMu untuk mematangkan aku...

p/s: mood tak berapa okay, lately. I tend to be silence.


Tuesday, 18 October 2011

buat yang tersayang

Terima kasih sebab selalu ingat akan Kak E'ka. 
Terima kasih sebab call Kak E'ka.
Saat Kak E'ka lemah dan hampir terjatuh, masih ada orang yang di sisi Kak E'ka :')


Kak E'ka beli ni untuk Arif. 
Kak E'ka tahu Arif sukakan Zombie VS Plants kan? :)
Rumet Kak E'ka kata rupanya menyeramkan, Kak E'ka pun rasa macam tu, tapi Kak E'ka suka. 
Susah Kak E'ka nak jumpa orang yang punya cita rasa yang sama. 
Kadang-kadang Kak E'ka rasa malu nak berdamping dengan orang yang jauh lebih baik daripada Kak E'ka, Kak E'ka rasa tak layak :|

Kalau boleh, Kak E'ka nak balik ke rumah sekarang juga. 
Bukan sebab Kak E'ka homesick, tapi Kak E'ka nak cari ketenangan hati. 
Fikiran Kak E'ka kusut, Kak E'ka rasa dah hilang point untuk terus berada di sini. 

Maafkan Kak E'ka, adikku. I'm still fragile :(


Friday, 14 October 2011

masih mencuba :'|

Tengah hari ni nasi putih + ayam masak merah + sambal jadi mangsa aku. Nasi tu pasti menangis sebab aku tak habiskannya. Kejam kan? 

Setiap kali tibanya Khamis, hati aku pasti berbelah bagi. Suka tu memanglah suka sebab hari Khamis tak ada kelas! Tapi yang tak bestnya, petang ni kena kawat lagi :'| *mengeluh 

Ya Allah, 
rindu sungguh pada diri aku yang dulu. 
Diri aku yang sangat kental setiap kali berdepan cabaran dan masalah. 
Diri aku yang punya confidence level yang tinggi.
Diri aku yang tak pernah peduli kata-kata nista orang lain.
Sungguh, aku rindu.

Sekarang?
Aku cuma gadis yang amat rapuh hatinya, 
tidak boleh diusik langsung, 
kelak berkecai kepingannya :'( 

Ya Allah, 
bukan ini yang kupinta.
Bukan ini yang kumahu.
Aku sentiasa mencuba, 
malangnya aku tak mampu.

Aku cuma manusia biasa, 
yang ada ketikanya,
tak mampu berdepan dengan semua ini. 

Ya Allah, 
Kaukentalkanlah hati ini, 
Kautabahkanlah jiwa ini,
Kauberikanlah ketenangan buat hati ini,
supaya aku di sini mampu jadi setabah dulu,
setabah waktu di SESTER dulu...

Ya Allah,
Kaukeluarkanlah aku dari comfoft zone yang terlalu membelenggu diri ini,
Kaugerakkanlah hatiku untuk perkara-perkara yang bermanfaat,
sesungguhnya aku hanya insan yang lemah, 
yang sering kali terlupa...


Tabahnya aku di SM Sains Kuala Terengganu dulu,
betapa aku ingin jadi setabah dulu! 

Mak Abah Ceksu Pokpa, 
maafkan E'ka sebab jadi terlalu fragile sekarang :'(

InsyaAllah E'ka akan terus membaiki diri...
InsyaAllah...



Monday, 10 October 2011

Rapuh

Hari ni kepala berdenyut-denyut :'| Mungkin sebab berada di bawah terik mentari terlalu lama semasa berjalan untuk beli tiket tadi, ataupun tersilap makan masa tengah hari tadi :'|

Tambah memburukkan keadaan, bila terpaksa menadah telinga mendengar presentations untuk subjek Literature yang bermula pada pukul 4 petang tadi 
-.-"


Ni bukan masa kelas Literature tadi tau -.-"

Rapuh, ya aku sangat fragile sekarang. Terlalu lemah! -.-" Sebulan telah berlalu dengan pantas semenjak aku kali pertama menjejakkan kaki di sini. Tapi masih, aku rasa ada sesuatu yang 'kurang' di sini ;'| Ya Allah, apakah itu? Berikanlah petunjuk kepadaku Ya Allah...

Ya Allah, berdosanya aku pada Mak Abah Ceksu & Pokpa, kalau aku tak dapat belajar bersungguh-sungguh, pakai selempang pink pada hari konvo nanti :'| Mereka telah terlalu banyak berkorban untuk aku, sedangkan aku? Masih terawang-awang di sini, mencari hala tuju dan identiti diri...

Ya Allah, Kauberikanlah kekuatan buat jiwa yang lemah ini :'| Sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu kerana 'menghadiahkan' aku seorang rakan yang baik, yang selalu ada di sampingku, saat susah dan senang. 

Saat aku rapuh, Kauberikan 'tongkat' untuk terus berdiri. 
Saat aku sedih, Kauhadirkan 'sapu tangan' untuk menghapuskan juraian air mata..

Ya Allah....


Aku mahu senyum begini setiap hari :)
Biarlah pedih dan perit semalam bersemadi, 
dan cahaya kebahagiaan terus memancar saban hari. 

InsyaAllah~


Sunday, 9 October 2011

outdated -..-


Kisah semalam lagi -.-"
Sorry, aku tak dapat nak update life kat sini pada hari yang sama. 
Wifi tiba-tiba tak boleh guna lepas petir semalam :'(
Bukan main aku merungut sebab tak dapat nak siapkan esemen bila wifi tak ada. 
Bila dah ada wifi, mulalah nak berFB, berblog dan segala bagai. 

Okay, back to my story
semalam aku ke DATC iaitu Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. 
Taklah jauh sangat dari kolej aku, tapi kitorang saja rasa nak travel naik bas UiTM -.-" Ahaha. 

Setibanya kat situ, expectation aku terhadap program yang berlangsung dari 6-8 Oktober (semalam), sangat-sangat jauh berbeza -.-"
Mungkin sebab kitorang outdated kot, hari terakhir baru nak pergi.
Hasilnya, pffff, boleh tengok maskot Upin & Ipin je la (sorry, malu nak snap gambar, biar dalam hati meronta-ronta nak snap gambar dengan kartun 'kesayangan' pun. what the fish kan? =..=) 

Last-last, kitorang just pusing-pusing dekat gerai-gerai yang ada kat situ; Nani beli susu kambing + spirulina apa entah, Ima beli blueberry cheese tart, dan aku? Beli jam tangan -.-' Nasib aku selalu malang part jam tangan ni..tak sampai beberapa hari, minggu atau bulan, mesti sesuatu yang tak dijangka akan berlaku pada jam tangan aku. Hehe. 


p/s: okay, lain kali, aku akan snap picture ye. sorry :( 
p/s: suka hati jugak sebab dapat barangan free :)
p/s: daftar KARISMA semalam. diorang kata boleh dapat markah Kemahiran Insaniah (KI)?? 



dapat barang free masa karnival halal tu -.-"
takpe la, asalkan free kan?




Saturday, 8 October 2011

the burning desire


Ni kisah semalam. Entah kenapa tiba-tiba aku semangat nak join aktiviti kat UiTM ni =.=" Hehe. Ni semua kupon punya pasal. Amboi E'ka, tak boleh ikhlas sikit ke bila nak join program? what the fish kan -..- 

Okay, proceed. Ceramah kaunseling yang bertajuk The Burning Desire tu memang mantop habis bagi aku :D Part last yang tak boleh tahan, bila lampu dimalapkan dan si penceramah mula mendayu-dayu. Menitis jugak air mata aku dua tiga titik sebab sebak sangat-sangat. Aku dengar orang yang duduk sebelah aku asyik menarik hingus dia supaya tak terus jatuh ke bumi (betul ke analogi ni? 0.o) 


*Sila abaikan cadar aku yang dah sebulan tak basuh tu -..-* 

Dalam kegawatan ekonomi yang melanda dunia aku sekarang ni, sempat lagi aku rembat buku ni malam tadi -.-" Bukannya apa, aku rasa susah nak dapat buku limited edition dengan harga RM10 zaman sekarang. hehe. Lagipun aku rasa selama ni duit aku dah banyak habis untuk beli novel dan komik, apa salahnya kalau kali ni aku beli buku motivasi + kaunseling kan? Kata TESL (apa kaitannya? 0.o) 

Tetiba rasa insaf je lepas dengar ceramah malam tadi. Rasa semangat yang down sebelum ni dah mula up balik. Maceh lah cik Ima sebab ajak saya pergi :D 

p/s: lepas ni mungkin dah tak beli nasi ayam kat DC. sebab servis lambat gila -.-" memang tergesa-gesa la malam tadi. pfffffff. sabar je la kan. kata TESL? 0.o




Friday, 7 October 2011

suka duka khamis :D :'(


bangun je dari tidur, dah ada breakfast roti disapu peanut butter atas meja study buat aku. thanks rumet :') disebabkan menghargai kerajinan & keprihatinan rumet, aku tetap makan, walaupun lepas ni, dua tiga bijik jerawat pasti akan tumbuh :'|




Suwit betul rumet aku. siap tinggal note lagi :D 
malangnya gambar roti tak ada. 
aku makan sampai habis baru ingat nak snap gambar =.="
again, THANKS A LOT, Bobo Zahra! :DDD

p/s: rumet, saya alergik kacang :| *again, banyak betul alergik sekarang ni...

hari ni, rasa heaven gila sebab boleh bangun tidur lebih lambat daripada biasa! :D yeay! rasa letih + bosan bila hari-hari terpaksa bersiap awal-awal, tapi still kena kejar bas trans rengit untuk ke intec. what a hectic life :| 

macam biasa, hidup yang tak ada life, aku tak ke mana-mana hari ni, mengenangkan purse yang semakin hari semakin pathetic rupanya :'| masih menunggu mak bank-inkan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kat sini. ahaha. kata dah tak homesick kan? :) 

best sangat ke hari khamis ni? oh no, petang ni ada kawat lagi :| Ya Allah, kentalkanlah hati ni....

p/s: aku mungkin tak ke mana-mana weekend ni. nak siapkan esemen. plus, keadaan kewangan tak mengizinkan. sorry :(


Thursday, 6 October 2011

masa, berputarlah kembali! :'|

aneh. tiba-tiba aku rindukan blackfipper.blogspot.com :'| tapi semuanya salah aku. siapa suruh aku tiba-tiba delete content? padan muka! blog dah tak boleh direcover!

orang kata, blog ni ibarat live diary. senang la orang nak stalk kan? haha. macam la ada orang nak stalk aku -.-" aku menulis hanya untuk suka-suka. untuk luahkan rasa. untuk isi masa lapang (lapang ke? o.O) yang sepatutnya diisi dengan menyiapkan esemen linguistics dan counselling yang mulai menimbun. tapi apakan daya. hati tak tenang selagi jari tak menari atas papan kekunci. 

hari ni dah 5 oktober. dua hari lagi, genaplah sebulan aku kat sini. uitm shah alam. dalam b.ed tesl yang dari dulu lagi jadi idaman kalbu. tapi betullah kata orang, manusia ni tak bersyukur. elok-elok dapat buat degree kat sini, rasa tak seronok pulak :'| screw me! hey eka, please lah! ko dapat chance untuk masuk sini pun dah kira bagus tau! *okay okay, aku tahu aku bersalah~



senyuman hanya untuk menutup jiwa yang lara :'|

p/s: apesal bile candid pun mata aku pasti sepet? 0.o


tadi mak call, gara-gara sms yang aku kirim petang tadi. konon-konon nak mintak motibasi la daripada mak aku =.= thanks mak, eka sayang mak sangat-sangat. jangan lupa bank-in duit untuk eka tau. duk sini memang banyak pakai duit, lebih-lebih lagi nak topup kad rabbit tu. 

p/s: rindu budak-budak bilik A208 :'(
p/s: penat sangat bila hari-hari kena menunggu
p/s: rindu nak belajar grammar!